Memulakan alam persekolahan agak susah untuk si kecil yang disayangi kerana sekolah adalah dunia baru yang munkin menggembirakan atau menakutkan kepada seorang anak. Mereka mungkin takut untuk berjumpa dengan ramai orang yag tidak di kenali. Mereka rasa janggal dan ‘lonely’ tanpa ibu dan ayah mereka di sisi.
Pelbagai ragam anak-anak telah saya saksikan dan rasa sayu di hati apabila anak-anak menangis sekuat-kuatnya jika ditinggalkan ibu.
Di sini saya sediakan 10 tips bagaimana hendak menyediakan minda dan jiwa bukan sahaja untuk sikecil malah juga untuk ibu yang akan menyerahkan penjagaan anak ke tempat yang baru.
- Walaupun anak-anak kita masih kecil tapi mereka bijak dan pandai. Mereka suka jika kita sebagai ‘orang dewasa’ berbincang dengan mereka. Jadi kita boleh bincang mengenai tumbesaran, umur dan kanak-kanak lain yang pergi ke sekolah pada umur 4 dan 5 tahun. Beritahu yang mereka harus tidur awal agar dapat bangun pagi dengan segar untuk ke sekolah. Kebanyakan anak-anak menangis kerana terpaksa bangun pagi ke sekolah menyebabkan ibu bapa hendak memilih sekolah yang ada sessi petang untuk keselesan mereka.
- Bertanyalah pada si kecil, “Seronok tak adik nak pegi sekolah? Ada mainan ada ramai kawan kawan.” tanyakan perasaan mereka. Biarkan mereka mengekpresikan perasaan mereka samada takut atau seronok atau teruja.
- Bawalah si kecil untuk melihat sekolah yang anda pilih. Ceritakan keseronokan apabila di sekolah tersebut. Berjumpa dengan guru guru yang sentiasa senyum dan penyayang akan membawa satu impak yang positif kepada perasaan si kecil.
- Berulang kali bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menarik di sekolah. Bacakan buku cerita dari pelbagai sumber untuk bercerita seronoknya ke sekolah. Tunjukkan gambar dan bincangkan aktiviti dalam gambar tersebut. Di Litle Caliphs, saya sudah pun menyediakan satu buku GOING TO LITTLE CALIPHS sebagai buku cerita persediaan minda dan emosi anak anak ke tadika kami.
- Nyatakan juga pada anak kita bahawa anak anak lain pun rasa seronok ke sekolah tapi ada juga rasa takut. Itu normal dan lama-lama kalau dah kenal guru dan kawan kawan semua dah tak rasa takut lagi
- Nyatakan pada anak si kecil yang ke sekolah “Mama sentiasa doakan adik selamat di sekolah. Mama seronok jika adik pun seronok bermain, mewarna dan melukis. Allah akan sentiasa menjaga adik. Adik ke sekolah pun hendaklah mengenal Allah yang selama ini jadikan adik dan menjaga adik setiap saat dan ketika.”
- Beritahu pada anak jika ada sebarang masalah, guru akan telefon mama dan mama akan datang segera, Inshaa Allah.
- Cuba carikan kawan untuk anak kita, mengajak anak jiran atau anak rakan sekerja untuk mengahantar anak ke tempat yang sama agar anak-anak rasa selesa bahawa kawan sekenalan dia pun akan pergi ke sekolah bersama.
- Tips yang paling istemewa, ibu bapa mesti bersama-sama dengan pihak sekolah untuk menyesuaikan anak-anak ke sekolah yang dipilih. Banyakkan perbincangan dengan pihak sekolah dan cuba beri tips pada guru bagaimana nak menangani karenah anak anda.Beri ruang pada guru, dan murid untuk beramah-mesra dan janganlah cepat putus asa. Kuatkan jiwa bila meninggalkan anak-anak terutama apabila beliau menangis mencari anda.
- Banyakkan doa agar kita dapat bersama menghasilkan anak yang soleh. Setapak ke hadapan dari rumah menuju ke tadika perlukan kesabaran, kepercayaan, kekuatan minda dan emosi.
Saya berharap tips yang saya bagi ni serba sedikit dapat membantu ibu bapa sebagai langkah persediaan awal anak-anak ke sekolah.
Selamat mencuba