LITTLE HAJJ 2017 TADIKA LITTLE CALIPHS CATAT MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Shah Alam, 24 Julai 2017- Program Little Hajj 2017 yang berlangsung serentak seluruh semenanjung Malaysia telah mencatat Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Serentak Terbesar oleh Kanak-Kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji Cilik melibatkan 5846 pelajar berumur 6 tahun pada 24 Julai 2017.

Program anjuran Little Caliphs International Sdn Bhd bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB) iaitu koperasi pengusaha-pengusaha Litttle Caliphs telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Roslan Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif LCISB di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Program Little Hajj 2017 adalah program simulasi perlaksanaan ibadah haji untuk pelajar-pelajar Tadika Little Caliphs yang berusia 6 tahun di seluruh Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150 pengusaha dan sejumlah 212 tadika dibahagikan mengikut zon seperti yang berikut:
a. Zon Tengah (Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor)
   – Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
b.  Zon Utara ( Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang)
    – Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
c.  Zon Pantai Timur ( Kompleks Belia & Sukan Panji, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bahru, Kelantan)
    – Kelantan, Terengganu & Pahang
d.  Zon Selatan (Masjid Jamek An-Nur Pasir Gudang, Johor) – Johor
e.  Zon Melaka & Negeri Sembilan (Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka)
Objektif utama perlaksanaan ini ialah untuk memberi pembelajaran secara praktikal atau secara ‘hands on’ yang dikendalikan secara simulasi seiring pendekatan ‘Project Based Learning’ yang dilaksanakan dalam metodologi pembelajaran ‘The Little Caliphs Program’
Penyertaan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja adalah seramai 4,324 orang pelajar iaitu 2,275 pelajar lelaki dan 2,049 pelajar perempuan. Manakala lebih 500 orang guru-guru Tadika Little Caliphs terlibat sebagai tenaga mutawwif dan juga sukarela yang membantu melaksanakan program ini.
Menurut Haji Roslan peserta didedahkan dengan keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan haji bagi memastikan mereka memahami mengenai konsep sebenar rukun islam kelima itu.
“Semua peserta memakai ihram dan urusetia turut menyediakan replika kaabah, kaunter imegresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul”- kata beliau.
“Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak menghantar ahli keluarga mereka seperti datuk dan nenek ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, namun hakikatnya tidak ramai yang mengetahui tujuan dan cara sebenar mengerjakan haji,” katanya.
Little Caliphs sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak mempelajari sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza, sesuai dengan zaman kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh dengan warni-warni ini. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar untuk ke tanah suci Mekah kelak.

Alhamdulillah program Little Hajj telah berjalan dengan lancar. Apabila sesuatu acara besar berjalan lancar seperti yang dirancangkan dengan izin Allah ia bermakna di belakangnya ada suatu perancangan yang terperinci, sikap prihatin, taat mesyuarat, komitmen, pengorbanan, susah payah, teamwork serta usaha gabungan dari pelbagai pihak dari kakitangan LCISB HQ, Operators, guru guru, ibubapa, anak anak Little Caliphs, para penaja, media, kerajaan, RELA, dan sekelian yang terlibat.

Keadaan cuaca yang begitu cocok dengan aturcara menandakan ada ramai orang yang bersolat hajat yang doanya diterima Allah.

Jelas sekali jawatankuasa penganjuran Little Caliphs Little Hajj 2017 yang dipimpin oleh Commander (B) Tuan Haji Mustafa Kamal bin Abdul Wahab dan timbalannya puan Hajah Hafizah Aliman telah menjalankan perancangan dan pelaksanaan program ini dengan cemerlang sekali serta mendapat sambutan dan kerjasama sekelian Tadika Tadika Little Caliphs di seluruh Semenanjung. Saya ucapkan syabas dan Jazakumullahukhairan kepada para AJK Little Hajj 2017 dan sekelian yang menyumbang.

Little Hajj dalam media

  1. Arab News –  Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
  2. News Straits Times – Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj
  3.  The Peninsula, Qatar’s Daily Newspaper – Malaysian Children Parade in White Robes for Practice Hajj

Video

As a mother of five children, I am very passionate about Islamic early child care and education. Alhamdulillah. Besides being a Founder and Executive Director of Integrated Islamic School Shah Alam (IISSA), my path has also taken me into being the trainer, consultant and academic author of The Little Caliphs Program, an Islamic-English-Creative preschool program which I run alongside my husband Haji Roslan bin Nordin. This creative pre-school curriculum integrates the basic teaching of Islam with other basic knowledge and skills such as reading, writing, drawing, Math, and English. One of my visions among many is to cultivate the ability to read in all young children around the world at the tender age of 4. Furthermore, I would love for this program to be adopted by kindergartens all over the world so that children will have the correct understanding and positive attitude towards Islam, Insya Allah.

Leave A Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *




START GIVING YOUR CHILD WONDERFUL, FUN AND EFFECTIVE LEARNING EXPERIENCE