Back

Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018

Assalamulaikum wbt

Pada 1 September lalu, saya telah diberi kesempatan untuk menjadi penceramah jemputan di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018 bertempat di Putrajaya International Convention Centre. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Affiza Mohamad, Pengarah KONWANIS yang telah menjemput saya untuk menjayakan program tersebut.

Objektif KONWANIS adalah mahu wanita tahu bahawa kebahagiaan itu sebenarnya bermula daripada diri mereka sendiri. Bertemakan ‘Wanita Bahagia, Negara Sejahtera’, konvensyen ini dilaksanakan untuk mengupas rahsia dan solusi kebahagiaan wanita perbandukan Islam. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkongsi tips keibubapaan islami yang bertajuk Membina Generasi Al-Quran.

 

 

 

 

 

 

Antara guru-guru Tadika Little Caliphs yang turut hadir meraikan program

Jika para ibu bapa atau guru-guru yang ingin melihat rakaman perkongsian saya yang telah dirakam oleh Puan Amira dari Little Caliphs Taman Botani, Ipoh Perak, boleh lawati link di bawah

Alhamdulillah ala kuli hal, semoga Allah memberkati majlis dan apa yang telah pihak penganjur sampaikan kepada semua peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi di KONWANIS akan datang, insyaallah.

As a mother of five children, I am very passionate about Islamic early child care and education. Alhamdulillah. Besides being a Founder and Executive Director of Integrated Islamic School Shah Alam (IISSA), my path has also taken me into being the trainer, consultant and academic author of The Little Caliphs Program, an Islamic-English-Creative preschool program which I run alongside my husband Haji Roslan bin Nordin.

This creative pre-school curriculum integrates the basic teaching of Islam with other basic knowledge and skills such as reading, writing, drawing, Math, and English. One of my visions among many is to cultivate the ability to read in all young children around the world at the tender age of 4. Furthermore, I would love for this program to be adopted by kindergartens all over the world so that children will have the correct understanding and positive attitude towards Islam, Insya Allah.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *