Back

Sambutan Hari Kemerdekaan 2018 – Tadika Little Caliphs Changloon,Kedah

Assalamualaikum wbt.
Walaupun sudah hampir sebulan Hari Kebangsaan berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi sambutan kemerdekaan yang diadakan di Tadika Khalifah Arif di Changloon, Kedah.
Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak mudah tertarik dengan mainan komputer, gadget dan makanan segera kerana kurangnya pendedahan tentang permainan dan makanan tradisional. Namun saya yakin, masih ada lagi golongan yang memandang berat tentang kepentingan khazanah warisan bangsa dan berusaha untuk  memeliharanya daripada pupus  dek arus pemodenan semasa.
Bertemakan zaman pasca merdeka, Tadika Khalifah Arif dihiasi dengan props alatan tradisional seperti zaman 50-an. Bagi memeriahkan lagi suasana, guru-guru dan anank-anak turut memperaga pakaian klasik.
Guru-guru di Tadika Khalifah Arif ingin membawa pendekatan ‘role-play’ seperti berlakon dan bermain supaya anak-anak dapat menghayati suasana kampung seperti zaman dahulu.
Seperti melepaskan batok di tangga, bukan batuk ya 😉

 

 

 

 

 

 

Seronok anak-anak bermain upih kelapa
Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan hari merdeka di sekolah. Semoga usaha yang dilakukan mendapat tempat di hati anak-anak untuk cintakan khazanah bangsa sekaligus memelihara warisan seni atok nenek mereka.

As a mother of five children, I am very passionate about Islamic early child care and education. Alhamdulillah. Besides being a Founder and Executive Director of Integrated Islamic School Shah Alam (IISSA), my path has also taken me into being the trainer, consultant and academic author of The Little Caliphs Program, an Islamic-English-Creative preschool program which I run alongside my husband Haji Roslan bin Nordin.

This creative pre-school curriculum integrates the basic teaching of Islam with other basic knowledge and skills such as reading, writing, drawing, Math, and English. One of my visions among many is to cultivate the ability to read in all young children around the world at the tender age of 4. Furthermore, I would love for this program to be adopted by kindergartens all over the world so that children will have the correct understanding and positive attitude towards Islam, Insya Allah.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *