KENYATAAN MEDIA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PENGGUNAAN CAP DAGANGAN BERDAFTAR
(THE LITTLE CALIPHS® PROGRAM)
- Berdasarkan pemantauan Pengurusan Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) terdapat beberapa pihak telah menyalah guna Cap Dagangan Berdaftar (The Little Caliphs® Program) (selepas ini dirujuk sebagai “Cap Dagangan tersebut”) bagi tujuan peribadi dan pemasaran tanpa mendapatkan kebenaran bertulis LCISB.
- Untuk pengetahuan, LCISB telah mendaftarkan Cap Dagangan tersebut di Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) dimana LCISB mempunyai milikan tunggal terhadap Cap Dagangan tersebut. LCISB TIDAK MEMBENARKAN mana-mana pihak untuk menggunakan Cap Dagangan tersebut tanpa kebenaran bertulis LCISB.
- LCISB selaku empunya Cap Dagangan tersebut berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat mana-mana pihak telah menyalahguna Cap Dagangan tersebut mengikut peruntukan Seksyen 56(1) Akta Cap Dagangan 2019.
- Oleh yang demikian, LCISB memohon jasa baik dan kerjasama semua pihak untuk melaporkan kepada LCISB sekiranya berlaku lagi pelanggaran Cap Dagangan tersebut oleh mana-mana pihak yang tidak peroleh kebenaran bertulis dari LCISB.
DATUK HAJI ROSLAN BIN NORDIN
WISMA LITTLE CALIPHS® SHAH ALAM
18HB. JULAI 2022