Memulakan alam persekolahan agak susah untuk si kecil yang disayangi kerana sekolah adalah dunia baru yang munkin menggembirakan atau menakutkan kepada seorang anak. Mereka mungkin takut untuk berjumpa dengan ramai orang yag tidak di kenali. Mereka rasa janggal dan ‘lonely’ tanpa ibu dan ayah mereka di sisi.

Pelbagai ragam anak-anak telah saya saksikan dan rasa sayu di hati apabila anak-anak menangis sekuat-kuatnya jika ditinggalkan ibu.

Di sini saya sediakan 10 tips bagaimana hendak menyediakan minda dan jiwa bukan sahaja untuk sikecil malah juga untuk ibu yang akan menyerahkan penjagaan anak ke tempat yang baru.

  1. Walaupun anak-anak kita masih kecil tapi mereka bijak dan pandai. Mereka suka jika kita sebagai ‘orang dewasa’ berbincang dengan mereka. Jadi kita boleh bincang mengenai tumbesaran, umur dan kanak-kanak lain yang pergi ke sekolah pada umur 4 dan 5 tahun. Beritahu yang mereka harus tidur awal agar dapat bangun pagi dengan segar untuk ke sekolah. Kebanyakan anak-anak menangis kerana terpaksa bangun pagi ke sekolah menyebabkan ibu bapa hendak memilih sekolah yang ada sessi petang untuk keselesan mereka.
  2. Bertanyalah pada si kecil, “Seronok tak adik nak pegi sekolah? Ada mainan ada ramai kawan kawan.” tanyakan perasaan mereka. Biarkan mereka mengekpresikan perasaan mereka samada takut atau seronok atau teruja.
  3. Bawalah si kecil untuk melihat sekolah yang anda pilih. Ceritakan keseronokan apabila di sekolah tersebut. Berjumpa dengan guru guru yang sentiasa senyum dan penyayang akan membawa satu impak yang positif kepada perasaan si kecil.
  4. Berulang kali bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menarik di sekolah. Bacakan buku cerita dari pelbagai sumber untuk bercerita seronoknya ke sekolah. Tunjukkan gambar dan bincangkan aktiviti dalam gambar tersebut. Di Litle Caliphs, saya sudah pun menyediakan satu buku GOING TO LITTLE CALIPHS  sebagai buku cerita persediaan minda dan emosi anak anak ke tadika kami.
  5. Nyatakan juga pada anak kita bahawa anak anak lain pun rasa seronok ke sekolah tapi ada juga rasa takut. Itu normal dan lama-lama kalau dah kenal guru dan kawan kawan semua dah tak rasa takut lagi
  6. Nyatakan pada anak si kecil yang ke sekolah “Mama sentiasa doakan adik selamat di sekolah. Mama seronok jika adik pun seronok bermain, mewarna dan melukis. Allah akan sentiasa menjaga adik. Adik ke sekolah pun hendaklah mengenal Allah yang selama ini jadikan adik dan menjaga adik setiap saat dan ketika.”
  7. Beritahu pada anak jika ada sebarang masalah, guru akan telefon mama dan mama akan datang segera, Inshaa Allah.
  8. Cuba carikan kawan untuk anak kita, mengajak anak jiran atau anak rakan sekerja untuk mengahantar anak ke tempat yang sama agar anak-anak rasa selesa bahawa kawan sekenalan dia pun akan pergi ke sekolah bersama.
  9. Tips yang paling istemewa, ibu bapa mesti bersama-sama dengan pihak sekolah untuk menyesuaikan anak-anak ke sekolah yang dipilih. Banyakkan perbincangan dengan pihak sekolah dan cuba beri tips pada guru bagaimana nak menangani karenah anak anda.Beri ruang pada guru, dan murid untuk beramah-mesra dan janganlah cepat putus asa. Kuatkan jiwa bila meninggalkan anak-anak terutama apabila beliau menangis mencari anda.
  10. Banyakkan doa agar kita dapat bersama menghasilkan anak yang soleh. Setapak ke hadapan dari rumah menuju ke tadika perlukan kesabaran, kepercayaan, kekuatan minda dan emosi.

 

Saya berharap tips yang saya bagi ni serba sedikit dapat membantu ibu bapa sebagai langkah persediaan awal anak-anak ke sekolah.

Selamat mencuba

Assalamualaikum dear readers,

Alhamdulillah, such a lovely day this is.

I would like to share a beautiful article on how we can teach our kids about Islam. It is not the mere responsibility of teachers, ustaz or ustazah but it will questioned by Allah swt to every parent on the day of judgement.

Did you read your child the Quran?
Did you teach him how to solat?
Did you familiarize him with the names of Allah?
Did you guide him with the Islam way of life?
Do we dare answer truthfully to these questions?
Islam is a way of life. Allah swt has made it simple, unique and easy to follow in every aspect of living. But when dealing with children who are very limited in understanding certain depths, we can find creative ways or learned ways of the scholars or our Prophet saw to approach these tender, pure hearts.
Do visit this wonderful link: http://islam.ru/en/content/story/teaching-your-child-about-islam
From this link, I would love to highlight,
1. The most effective way to teach anything to anybody is to be a role model. This is why Allah sent human beings as prophets to all people.
2. Negative comments and treatment result in negative attributes in our children, and positive comments and treatment result in positive results.
3. One of the most important aspects of raising your children to be Muslims is to introduce the idea that Allah is also happy with their good actions.
4. This mercy of Allah should guide us as we guide our children. It is not necessary to make the child fearful of Allah or fearful of going to hell.
5. When you are talking to children under the age of twelve, stress the characteristics of Allah that will give him security and assurances as he grows and encounters fearful situations and the unknown.
6. Too often when parents think about talking to their children about Islam, they concentrate on the ritual of the five pillars. But don’t forget that Islam is a total way of life, and every aspect has an Islamic element that you need to talk about and demonstrate for your child.
7. As our children reach adolescence, they begin to question what they have been taught, especially if most of the youth they associate with are non-Muslims, or non-practicing Muslims.
8. While teaching and talking to our children about Islam, we need to be aware of certain hidden issues.
9. If we as parents pick and choose which aspect of Islam to apply and which to omit from our own lives, we can hardly expect our children to live purely Islamic lives.
Read on more to gain such beneficial knowledge.
Jazakumullah khair and may we all be rewarded for spreading Islam.

Assalamualaikum reader,

Many parents will agree that reading is one of the most important skills that will take you through life. And loving to read will take one into greater heights in life. However, how much effort do we put into cultivating this love into our children?

Here are a few tips on how your children can fondly be acquainted with books.
1) During birthdays or special days when a gift is deserved, gift them a book instead of toys.
2) Create a reading corner in your home so your child can get cozy in it.
3) Read them a bedtime story.
4) During outings to malls and such, take them to bookstores to pick something for themselves or for free reading.
5) Make visiting a public library a family activity and create fond memories together.
6) Encourage your child to enjoy telling stories of books they have read.
7) Leave books lying around in your car, rooms and places easily accessible to them. It will be the first thing they reach for when bored or idle.
8) When a new action movie they might love is coming out in cinemas, have them read the book first before it is premiered.
9) Be a reader yourself and share whatever you read with them.
10) Create a home book club and the one who reads the most books get a special treat.
11) Have them read the Quran and a simple translation of the surahs.
And the list goes on and on…get creative parents! Insyallah you child will benefit tremendously.
Assalamualaikum..
Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pesanan untuk semua ibu bapa… cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin…
Tanamkan dalam hati bahawa:
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang saja di dalam kelas tu.
Kita di rumah paling banyak anak 6-7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Cuba bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya bulat-bulat semua cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat ‘annoying’ waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan di akhirat.
Terima Kasih Cikgu..??
What have our parents come out with after attending our Fast Reading Technique Seminar?

Simple diy projects that you can do at home that encourage your little ones to play and learn at the same time. It’s super easy, fun and great activity that you can do with your child at home. Inspired enough? Guess what? You can do it too!

Assalamualaikum ibu bapa dan guru-guru tersayang,
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah coretan yang merupakan peringatan yang baik buat diri kita dalam aktiviti seharian kita. Lihatlah niat masing-masing, lihatlah wajah anda di cermin dan lihatlah senyuman manis anak-anak anda. Mereka adalah hasil acuan anda sekalian.
Dari seorang rakan, guru dan operator yang saya hormati….
                           >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Assalamualaikum w.b.k,
Ada pertanyaan dari seorang principal/ academic advisor sebuah sekolah LC, bagaimana ingin menjadikan teachers lebih bersemangat buat lesson plan, mengajar dengan sempurna dan membuat deko kelas serta abm seperti yang dikehendaki oleh “The Little Caliphs Program.”
Saya menjawab, sebenarnya itu semua bergantung kepada niat seseorang dalam melaksanakan tugasnya.
Pertama sekali: Jika beliau berniat utk mencari rezeki yang halal lagi toyyib, teacher itu  akan sentiasa memastikan dirinya memfokus kepada “KEMENJADIAN” anak-anak didiknya.
Dalam setiap perancangannya hari-hari dan pemikirannya dari malam hari adalah bagaimana untuk melunaskan sesuatu silibus atau pembelajaran kepada anak-anak di depan matanya itu esok hari.
Keduanya, jika teacher itu fokusnya sudah sangat jitu kepada anak-anak didiknya, maka beliau akan dapat melihat banyak tugasan yang harus dilaksanakan dalam masa yang terhad.
Beliau tidak akan membazir masa  memikirkan kepada perkara yang remeh temeh seperti rakan sekerja yang suka bercerita pasal keburukan orang lain atau rakan sekerja yang sentiasa merungut kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat mahupun produktiviti.
Ketiga: Dengan memfokus kepada anak-anak syurga juga teacher akan sentiasa berkata-kata perkara yang baik-baik, bercakap yang baik-baik serta berdoa yang baik-baik buat dirinya, anak-anak didiknya serta sekolah yang memberikan peluang pekerjaan kepada beliau kerana sifat syukurnya itu kepada rezeki yang Allah beri.
Lama kelamaan ketenangan akan bertapak dalam hatinya dan rasa cukupnya Allah campakkan dalam setiap urusan hariannya, walaupun tanpa tangan yg membantu.
 Itulah namanya keberkatan dalam rezeki disebabkan sifat syukur yang sentiasa ditanam dan diamalkan dibibir seorg pendidik dengan kalimah “Alhamdulillah wa syukurillah”.
Pokok utamanya ialah fokus kita “Fokus kepada Kemenjadian Anak Murid” maka insyaallah dengan usaha, doa dan tawakkal serta berharap bantuan Allah yang memberikan  ketentuan dan ketetapan Allah buat diri kita, adalah  yang terbaik buat masa kini menjadikan diri sentiasa bermotivasi dan bersemangat!!
Motivasi apakah lagi selain dijanjikan pahala yang panjang dan tidak putus-putus serta janji syurga di sana nanti.
Kerana syurga yang manis itu memang memerlukan perjuangan yang perit, jerit dan pahit dan insyaallah dengan  iman yang semakin menebal kita yakin bahawa syurga itu tidak dapat diganbarkan kenikmatan yang berkali-kali ganda dengan nikmat didunia serta kekalnya dalam nikmat itu tidak dapat dicapai oleh pemikiran nikmat akal!
Ya Allah limpahkan kami dengan perasaan Qanaah, syukur atas nikmat rezekimu mengurniakn kami suasana kerja  di kalangan para soleh dan orang-orang yang mukhlisin. Itulah nikmat didunia semoga kau berikanlah kami bersama-sama orang-orang ini di syurga nanti.
Teacher Fiza
LC GMi
p/s : mode menjawab soalan-soalan motivasi dan meningkatkan motivasi diri sendiri juga ?

Aku sedang memandu kereta dalam perjalanan ke Ulu Klang , fikiran ku bercelaru, jiwa ku gelisah dan badan ku penat. Ya Allah berilah aku hikmah kebijaksanaan agar aku dapat menangani segala permasalahan dalam hidupku ini.

Sambil aku memandang ke depan melihat keindahan alam…tiba tiba fikiranku melayang mengimbas kenangan silam semasa aku di tadika dahulu….. Aku bersyukur ibu bapaku menghantarku di tadika apabila ramai dari kawan kawanku tidak ke sekolah ketika berusia 6 tahun. Maklumlah Tadika Kemas dan tadika swasta tiada ketika itu. Lalu aku tersenyum….Subhanallah  sebenarnya aku telah mendapat jawapan persoalan qalbuku.

Sebenarnya semua yang aku belajar , aku belajar di tadika, dan jika aku dan semua orang di sekelilingku mengamalkan apa yang diajar oleh guru-guru kita yang penyabar dan penyayang, InshaAllah hidup kita semua malah masyarakat dan negara kita boleh menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Barulah aku sedar sebenarnya dari tadika lagi aku sudah belajar bagaimana untuk hidup bersyariat, bukan di sekolah menengah mahupun di menara gading.

Guru tadikaku mengajar aku dan kawan-kawanku  untuk:

Ø  Berkongsi dan saling menyayangi

Ø  Tangan bukan untuk memukul kawan tapi untuk menulis

Ø  Simpan mainan setelah bermain, biar kemas dan bersih

Ø  Minta izin dulu kalau nak pinjam barang kawan sebelah tu!

Ø  Cakap ‘sorry’ ya jika buat kawan sedih

Ø  Basuh tangan tu sebelum makan dan habiskan makanan ok

Ø  Makan makanan yang berkhasiat…jangan makan gula banyak sangat

Ø  Berdosa jika mengambil hak orang

Ø  Tak usah menipu tau… nanti orang tak percaya pada kita

Ø  Mari sini semua.. …kita tolong kemas sama-sama

Mashaa Allah! Aku rasa semua orang bersetuju dengan aku bahawa perkara-perkara yang diajar oleh guru-guru kita di tadika kalau kita semua mengaplikasikan dalam hidup kita seharian, maka hidup kita akan menjadi kehidupan insan yang diredhai oleh Allah swt. Amalan seperti jujur, amanah, saling berkongsi, berkasih sayang , bermaafan dan bekerjasama itulah tunggak hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Kini aku sendiri memiliki sebuah tadika. Kami mengajar anak-anak menyanyi lagu-lagu yang sangat bermanfaat untuk kehidupan. Lagu’ Incy Wincy Spider’ adalah kegemaranku. Kerana labah-labah yang bernama Incy Wincy tu mengajar aku untuk bangkit semula setelah hujan dan ribut melanda, Incy Wincy mengajar aku supaya cuba dan terus mencuba untuk maju ke atas ,maju ke hadapan walaupun hidup ini dikelilingi dengan ujian.

Nasyid-nasyid cintakan Allah dan Rasul juga sentiasa diajar kepada anak-anak kecil di tadikaku. Senandung lagu makna Al-Fatihah, alunan zikir-zikir munajat diajar kepada anak-anak muridku agar jiwa mereka tenang . Aku juga mengajar mereka untuk taat kepada ibu bapa, hormati guru dan orang tua melalui sesi bercerita. Dan aku juga mendidik mereka agar sentiasa bercakap dengan bahasa yang indah dan positif. Mashaa Allah, jika anak-anak ini faham dan dapat amalkan lirik kata kata dalam nasyid yang mereka pelajari “Oh when you feel sad, Oh When you feel bad…say Lailahailallah ”pasti ianya dapat menjadi panduan hidup mereka agar sentiasa pergi kepada Allah tika hati melanda kesedihan. Dan jika lidah mereka basah dengan senandung zikir, pasti jiwa mereka akan sentiasa tenang kerana hanya dengan  mengingati Allah swt jiwa akan menjadi tenang.

Ada juga yang anak-anak yang pulang petang, diajar untuk istirehat setelah solat Zuhur dan juga bangkit disertai minum petang. SubhanaAllah, jika aku boleh amalkan tabiat demikian …bangun pagi kemudian istirehat sebentar dan ambil masa untuk menghirup secawan teh, inshaaAllah boleh lagi aku berkhidmat di petang dan di malam hari, tidaklah badan ku sentiasa dalam kepenatan. Dan jika aku ikut cakap guru tadikaku untuk sentiasa memakan makanan yang sihat dan seimbang dan kurangkan makan gula-gula, inshaAllah tiadalah penyakit yang melanda di saat saat usiaku ini menjangkau usia emas kini.

Di tadika juga kami para guru mengajar erti kebersihan dan kekemasan. Sebagai seorang khalifah tanggungjawab kita lah untuk sentiasa menjaga bumi ini supaya indah, bersih dan jauh dari polusi. Jika anak-anak ini mengamalkan konsep yang diajar inshaa Allah rumah, kawasan dan negara Malaysia akan sentiasa bersih tanpa sampah yang dibuang merata-rata. Juga jika para khalifah kecil ni mengamalkan sikap tolong menolong, kerjasama , berkongsi dan kasih sayang, tidaklah sesekali mereka akan kesunyian dalam hidup mereka. Mereka akan sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang akan menghormati dan menyayangi mereka. Begitu juga dengan diriku…..

Dalam aku melayani lamunan fikiran ku, rupa-rupanya aku telah pun sampai ke destinasi. Keluh-kesah dan risau yang melanda jiwa dan fikiranku, aku gantikan dengan senyuman, keceriaan dan sikap positif. Aku bertekad akan cuba mengamalkan apa yang aku belajar dan apa yang aku ajar di tadika sebagai pegangan hidupku dan amalanku.

Subhanallah….sebenarnya apa yang aku belajar tentang erti kehidupan , aku belajar dari tadikaku, terima kasih cikgu kerana sudi mendidikku. Terima kasih Allah kerana sentiasa bersamaku…..

Assalamualaikum wbt dear parents,

Today i would like to share an evidence of how we should never give up on the mercy and power of Allah swt. No matter what He gives into our lives, there is always a reason behind it, always a form of goodness that comes from it.

What we have to do is remain redha and continue to be grateful and express syukur for everything that we have. This young boy, Fajar,  in this video was born pre-maturely, and due to the lack of oxygen and few complications at birth, he is now living with certain impairments. However, Subhanallah Allahuakbar, this little miracle is able to memorize 30 juz of the Al-Quran, something even someone as normal as you and me may or may never achieve in a lifetime.

May we all continue to strive raising children who are soleh and solehah for it is a given amanah by Allah swt, dunya wal akhirah.

  1. Don’t study grammar too much

This rule might sound strange to many English as a Second Language (ESL) students, but it is one of the most important rules. If you want to pass examinations, then study grammar. However, if you want to become fluent in English, then you should try to learn English without studying the grammar.

Studying grammar will only slow you down and confuse you.
I often ask my native English friends some grammar questions, and only a few of them know the correct answer. However, they are fluent in English and can read, speak, listen, and communicate effectively.

  1. Learn and study phrases

Many students learn vocabulary and try to put many words together to create a proper sentence but unable to create a proper sentence. The reason is because they didn’t study phrases. When children learn a language, they learn both words and phrases together. Likewise, you need to study and learn phrases.

If you know 1000 words, you might not be able to say one correct sentence. But if you know 1 phrase, you can make hundreds of correct sentences. If you know 100 phrases, you will be surprised at how many correct sentences you will be able to say. Finally, when you know only a 1000 phrases, you will be almost a fluent English speaker. .

Don’t translate 

When you want to create an English sentence, do not translate the words from your Mother tongue. The order of words is probably completely different and you will be both slow and incorrect by doing this. Instead, learn phrases and sentences so you don’t have to think about the words you are saying. It should be automatic.

Another problem with translating is that you will be trying to incorporate grammar rules that you have learned. Translating and thinking about the grammar to create English sentences is incorrect and should be avoided.

  1. Reading and Listening is NOT enough. Practice Speaking what you hear!

Reading, listening, and speaking are the most important aspects of any language. The same is true for English. However, speaking is the only requirement to be fluent. It is normal for babies and children to learn speaking first, become fluent, then start reading, then writing. So the natural order is listening, speaking, reading, then writing.

First Problem
Isn’t it strange that schools across the world teach reading first, then writing, then listening, and finally speaking learn it. So even though the natural order is listening, speaking, reading, then writing, the order for ESL students is reading, listening, speaking, then writing.

Second Problem
The reason many people can read and listen is because that’s all they practice. But in order to speak English fluently, you need to practice speaking. Don’t stop at the listening portion, and when you study, don’t just listen. Speak out loud the material you are listening to and practice what you hear. Practice speaking out loud until your mouth and brain can do it without any effort. By doing so, you will be able to speak English fluently.

  1. Submerge yourself

 

Being able to speak a language is not related to how smart you are. Anyone can learn how to speak any language. This is a proven fact by everyone in the world. Everyone can speak at least one language. Whether you are intelligent, or lacking some brain power, you are able to speak one language.

This was achieved by being around that language at all times. In your country, you hear and speak your language constantly. You will notice that many people who are good English speakers are the ones who studied in an English speaking school. They can speak English not because they went to an English speaking school, but because they had an environment where they can be around English speaking people constantly.

There are also some people who study abroad and learn very little. That is because they went to an English speaking school, but found friends from their own country and didn’t practice English.

You don’t have to go anywhere to become a fluent English speaker. You only need to surround yourself with English. You can do this by making rules with your existing friends that you will only speak English. Submerge yourself in English and you will learn several times faster. Insyallah!

May Allah swt accept all of of our efforts.

Sometimes we think we know enough, we know it all. Sometimes we may think there is nothing left to learn. But with our increasing age, do we truly know the simple fundamentals of Islam? Watch this video below and image if the malaikah came down in front of you and asked these simple questions… will you have the answers? If your child had asked you these questions, could you answer him or her? If your life depended upon you answering these questions correctly, will you survive?

Truly, this video sends out a powerful message to us all. If this didn’t move your hearts or bring tears to your eyes… I’m not sure what will.

Let’s reflect back on what we can do better, what we can improve for tomorrow… all for the sake of our children.

The future of Islam begins with the Youth. A child who is brought up with strong knowledge of what makes him a Muslim, what pillars is he holding strong onto as his guide and who his true role model is will insyallah, be a good Muslim throughout his life and continue a legacy of Muslims we can all be proud of.

In this day and age, the knowledge of Islam is literally at your fingertips.

What are you doing about it?

Copyright © 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd. All rights reserved.

menu-circle