Perkongsian di bawah saya peroleh daripada seorang kaunselor MRSM. Beliau merupakan seorang ibu kepada dua orang anak, Sumayyah (3 tahun) dan Luqman (5 tahun). Kauselor tersebut telah menjalankan ujikaji atas anak-anaknya tentang perubahan tingkah laku dan kecendurangan mereka apabila di beri gadget (telefon pintar) untuk masa-masa tertentu.

Saya telah buat satu Eksperimen pada bulan lepas (Disember 2016).Pembolehubah dimanipulasi: Telefon & Mainan, Hari berlainanPembolehubah dimalarkan: Anak-anak saya, Sumayyah & Luqman

Pembolehubah bergerakbalas: Sikap anak-anak saya

Kaedah:

1) Hari pertama minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya & diberi main handphone tengok Youtube sepanjang pagi hingga petang. Sikap dan tingkahlaku mereka diteliti sepenuhnya.

2) 2 hari 'rest' untuk 'neutralkan' balik sikap mereka.

3) Hari ke empat minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya, & diberi mainan lego, masak-masak, playdoh, & pelbagai toys lain sepanjang pagi hingga petang. Handphone disorok, & sikap serta tingkahlaku mereka diperhatikan.

 4) Masing-masing eksperimen diulang selama 3 minggu.

Keputusan:

1) Pada hari anak-anak saya didedahkan dengan handphone: Sikap anak-anak agak agresif. Kuat bergaduh. Cepat marah. Kurang makan & kurang tidur walau dipujuk. Lambat respon kepada panggilan saya seakan-akan bingung. Tidak fokus. Melawan. Nampak bercelaru dan serba tidak kena. Mahu handphone sepanjang masa & mengamuk jika tidak diberi.

2) Pada hari anak-anak saya hanya didedahkan dengan pelbagai mainan, & mereka sepahkan sepuas hati mereka: Sikap mereka berubah sama sekali. Kurang bergaduh. Lembut hati. Lebih tenang & ceria, ceria & ceria. Kuat makan dan tidur mengikut masa. Suka bercakap. Banyak bertanya. Sopan. Rajin. Dengar cakap. Lebih Kreatif.

3) Keputusan adalah hampir sama untuk setiap kali eksperimen.

Muhasabah:

Belum terlambat untuk 'tarik kembali' anak-anak kita. Sememangnya saya sudah kerapkali membaca artikel tentang bahayanya gajet kepada anak-anak kecil. Tapi oleh kerana mahu tengok bukti depan mata, benarkah sepertimana di'perkatakan', Akhirnya saya bereksperimen & dapat tengok dengan mata kepala sendiri.

Maafkan ibu anak-anakku. Menguji kalian berdua. Sesungguhnya, ibu takkan ulangi untuk kesekian kali. Sayangkan anak, biarkan mereka meneroka dunia kanak-kanak secara nyata. Bukan hanya di alam maya.

Ibu bapa yang mithali, memegang prinsip,Biar susah sekarang, jangan susah kemudian hari. Kalau tak percaya, cubalah buat eksperimen sendiri =)

#SemudahItuEksperimenSaya

#CutiPadaHariEksperimen

#TakTahuValidKeTidak

#SekurangKurangnyaValidUntukSaya

Copyright© 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd [885099-A]. All rights reserved

menu-circlecross-circle