Aku sedang memandu kereta dalam perjalanan ke Ulu Klang , fikiran ku bercelaru, jiwa ku gelisah dan badan ku penat. Ya Allah berilah aku hikmah kebijaksanaan agar aku dapat menangani segala permasalahan dalam hidupku ini.

Sambil aku memandang ke depan melihat keindahan alam…tiba tiba fikiranku melayang mengimbas kenangan silam semasa aku di tadika dahulu….. Aku bersyukur ibu bapaku menghantarku di tadika apabila ramai dari kawan kawanku tidak ke sekolah ketika berusia 6 tahun. Maklumlah Tadika Kemas dan tadika swasta tiada ketika itu. Lalu aku tersenyum….Subhanallah  sebenarnya aku telah mendapat jawapan persoalan qalbuku.

Sebenarnya semua yang aku belajar , aku belajar di tadika, dan jika aku dan semua orang di sekelilingku mengamalkan apa yang diajar oleh guru-guru kita yang penyabar dan penyayang, InshaAllah hidup kita semua malah masyarakat dan negara kita boleh menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Barulah aku sedar sebenarnya dari tadika lagi aku sudah belajar bagaimana untuk hidup bersyariat, bukan di sekolah menengah mahupun di menara gading.

Guru tadikaku mengajar aku dan kawan-kawanku  untuk:

Ø  Berkongsi dan saling menyayangi

Ø  Tangan bukan untuk memukul kawan tapi untuk menulis

Ø  Simpan mainan setelah bermain, biar kemas dan bersih

Ø  Minta izin dulu kalau nak pinjam barang kawan sebelah tu!

Ø  Cakap ‘sorry’ ya jika buat kawan sedih

Ø  Basuh tangan tu sebelum makan dan habiskan makanan ok

Ø  Makan makanan yang berkhasiat…jangan makan gula banyak sangat

Ø  Berdosa jika mengambil hak orang

Ø  Tak usah menipu tau… nanti orang tak percaya pada kita

Ø  Mari sini semua.. …kita tolong kemas sama-sama

Mashaa Allah! Aku rasa semua orang bersetuju dengan aku bahawa perkara-perkara yang diajar oleh guru-guru kita di tadika kalau kita semua mengaplikasikan dalam hidup kita seharian, maka hidup kita akan menjadi kehidupan insan yang diredhai oleh Allah swt. Amalan seperti jujur, amanah, saling berkongsi, berkasih sayang , bermaafan dan bekerjasama itulah tunggak hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Kini aku sendiri memiliki sebuah tadika. Kami mengajar anak-anak menyanyi lagu-lagu yang sangat bermanfaat untuk kehidupan. Lagu’ Incy Wincy Spider’ adalah kegemaranku. Kerana labah-labah yang bernama Incy Wincy tu mengajar aku untuk bangkit semula setelah hujan dan ribut melanda, Incy Wincy mengajar aku supaya cuba dan terus mencuba untuk maju ke atas ,maju ke hadapan walaupun hidup ini dikelilingi dengan ujian.

Nasyid-nasyid cintakan Allah dan Rasul juga sentiasa diajar kepada anak-anak kecil di tadikaku. Senandung lagu makna Al-Fatihah, alunan zikir-zikir munajat diajar kepada anak-anak muridku agar jiwa mereka tenang . Aku juga mengajar mereka untuk taat kepada ibu bapa, hormati guru dan orang tua melalui sesi bercerita. Dan aku juga mendidik mereka agar sentiasa bercakap dengan bahasa yang indah dan positif. Mashaa Allah, jika anak-anak ini faham dan dapat amalkan lirik kata kata dalam nasyid yang mereka pelajari “Oh when you feel sad, Oh When you feel bad…say Lailahailallah ”pasti ianya dapat menjadi panduan hidup mereka agar sentiasa pergi kepada Allah tika hati melanda kesedihan. Dan jika lidah mereka basah dengan senandung zikir, pasti jiwa mereka akan sentiasa tenang kerana hanya dengan  mengingati Allah swt jiwa akan menjadi tenang.

Ada juga yang anak-anak yang pulang petang, diajar untuk istirehat setelah solat Zuhur dan juga bangkit disertai minum petang. SubhanaAllah, jika aku boleh amalkan tabiat demikian …bangun pagi kemudian istirehat sebentar dan ambil masa untuk menghirup secawan teh, inshaaAllah boleh lagi aku berkhidmat di petang dan di malam hari, tidaklah badan ku sentiasa dalam kepenatan. Dan jika aku ikut cakap guru tadikaku untuk sentiasa memakan makanan yang sihat dan seimbang dan kurangkan makan gula-gula, inshaAllah tiadalah penyakit yang melanda di saat saat usiaku ini menjangkau usia emas kini.

Di tadika juga kami para guru mengajar erti kebersihan dan kekemasan. Sebagai seorang khalifah tanggungjawab kita lah untuk sentiasa menjaga bumi ini supaya indah, bersih dan jauh dari polusi. Jika anak-anak ini mengamalkan konsep yang diajar inshaa Allah rumah, kawasan dan negara Malaysia akan sentiasa bersih tanpa sampah yang dibuang merata-rata. Juga jika para khalifah kecil ni mengamalkan sikap tolong menolong, kerjasama , berkongsi dan kasih sayang, tidaklah sesekali mereka akan kesunyian dalam hidup mereka. Mereka akan sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang akan menghormati dan menyayangi mereka. Begitu juga dengan diriku…..

Dalam aku melayani lamunan fikiran ku, rupa-rupanya aku telah pun sampai ke destinasi. Keluh-kesah dan risau yang melanda jiwa dan fikiranku, aku gantikan dengan senyuman, keceriaan dan sikap positif. Aku bertekad akan cuba mengamalkan apa yang aku belajar dan apa yang aku ajar di tadika sebagai pegangan hidupku dan amalanku.

Subhanallah….sebenarnya apa yang aku belajar tentang erti kehidupan , aku belajar dari tadikaku, terima kasih cikgu kerana sudi mendidikku. Terima kasih Allah kerana sentiasa bersamaku…..

Copyright© 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd [885099-A]. All rights reserved

menu-circlecross-circle

We would love to hear from you!

Please record your message.

Record, Listen, Send

Allow access to your microphone

Click "Allow" in the permission dialog. It usually appears under the address bar in the upper left side of the window. We respect your privacy.

Microphone access error

It seems your microphone is disabled in the browser settings. Please go to your browser settings and enable access to your microphone.

Speak now

00:00

Canvas not available.

Reset recording

Are you sure you want to start a new recording? Your current recording will be deleted.

Oops, something went wrong

Error occurred during uploading your audio. Please click the Retry button to try again.

Send your recording

Thank you