Tan Sri P. Ramlee lebih bijak dari seorang profesor. 40 tahun dulu dia dah tahu apa akan jd pada anak anak sekarang yg dididik oleh golongan cerdik pandai berbanding ibubapa kampung....itulah 'anakku Sazali...'

Assalamualaikum dear readers,

Entry kali ini saya ingin kongsikan sebuah coretan dari Puan Zeeda Aziz. Beliau telah memuat naik status di Facebook tentang anak beliau yang ketika itu berumur 15 tahun, ditampar oleh guru Bahasa Inggeris nya. Walaupun Facebook status itu ditulis pada tahun 2014, namun coretan tersebut masih lagi tular dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat am khususnya.

Anak aku darjah 3. Pernah ditampar kuat oleh cikgu. Dia tak cerita pun. Hanya selepas beberapa bulan, itupun sebab aku tanya samada pernah tak cikgu tampar atau pukul, barulah dia mengaku. Aku tanya, kenapa tak cerita kat mommy? Jawabnya, takut mommy marah.

Good! Ini betul2 anak mommy. That is how you learn about life, my son. Not every single thing nak mengadu pada mommy. Kalau jatuh calar pun mommy akan cakap “Alaa, sikit je. Not that bad.”

Anak-anak aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method.

Kita hidup dalam dunia yang mencabar. Sekolah adalah tempat persediaan untuk menghadapi dunia akan datang. Jika setakat dirotan tampar pun nak mengadu dengan mak, nanti bila dimarah bos, merajuk berhenti kerja, balik kampung duduk dengan mak. Dasar tak boleh kena marah.

Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, “My English teacher.” There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.

Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber’whatsapp’ dan ber’facebook’.

Siapa bff anak? TV? Tablet? Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin? Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik. Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?

Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. “Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah”.

Exactly!

Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.

Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.

Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?

To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.

“Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat” – Anakku Sazali

Copyright © 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd. All rights reserved.

menu-circle