Assalamualaikum wbt.
Walaupun sudah hampir sebulan Hari Kebangsaan berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi sambutan kemerdekaan yang diadakan di Tadika Khalifah Arif di Changloon, Kedah.
Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak mudah tertarik dengan mainan komputer, gadget dan makanan segera kerana kurangnya pendedahan tentang permainan dan makanan tradisional. Namun saya yakin, masih ada lagi golongan yang memandang berat tentang kepentingan khazanah warisan bangsa dan berusaha untuk  memeliharanya daripada pupus  dek arus pemodenan semasa.
Bertemakan zaman pasca merdeka, Tadika Khalifah Arif dihiasi dengan props alatan tradisional seperti zaman 50-an. Bagi memeriahkan lagi suasana, guru-guru dan anank-anak turut memperaga pakaian klasik.
Guru-guru di Tadika Khalifah Arif ingin membawa pendekatan 'role-play' seperti berlakon dan bermain supaya anak-anak dapat menghayati suasana kampung seperti zaman dahulu.
Seperti melepaskan batok di tangga, bukan batuk ya 😉

 

 

 

 

 

 

Seronok anak-anak bermain upih kelapa
Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan hari merdeka di sekolah. Semoga usaha yang dilakukan mendapat tempat di hati anak-anak untuk cintakan khazanah bangsa sekaligus memelihara warisan seni atok nenek mereka.

Perkongsian di bawah saya peroleh daripada seorang kaunselor MRSM. Beliau merupakan seorang ibu kepada dua orang anak, Sumayyah (3 tahun) dan Luqman (5 tahun). Kauselor tersebut telah menjalankan ujikaji atas anak-anaknya tentang perubahan tingkah laku dan kecendurangan mereka apabila di beri gadget (telefon pintar) untuk masa-masa tertentu.

Saya telah buat satu Eksperimen pada bulan lepas (Disember 2016).Pembolehubah dimanipulasi: Telefon & Mainan, Hari berlainanPembolehubah dimalarkan: Anak-anak saya, Sumayyah & Luqman

Pembolehubah bergerakbalas: Sikap anak-anak saya

Kaedah:

1) Hari pertama minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya & diberi main handphone tengok Youtube sepanjang pagi hingga petang. Sikap dan tingkahlaku mereka diteliti sepenuhnya.

2) 2 hari 'rest' untuk 'neutralkan' balik sikap mereka.

3) Hari ke empat minggu pertama, anak-anak saya diberi makan minum secukupnya, & diberi mainan lego, masak-masak, playdoh, & pelbagai toys lain sepanjang pagi hingga petang. Handphone disorok, & sikap serta tingkahlaku mereka diperhatikan.

 4) Masing-masing eksperimen diulang selama 3 minggu.

Keputusan:

1) Pada hari anak-anak saya didedahkan dengan handphone: Sikap anak-anak agak agresif. Kuat bergaduh. Cepat marah. Kurang makan & kurang tidur walau dipujuk. Lambat respon kepada panggilan saya seakan-akan bingung. Tidak fokus. Melawan. Nampak bercelaru dan serba tidak kena. Mahu handphone sepanjang masa & mengamuk jika tidak diberi.

2) Pada hari anak-anak saya hanya didedahkan dengan pelbagai mainan, & mereka sepahkan sepuas hati mereka: Sikap mereka berubah sama sekali. Kurang bergaduh. Lembut hati. Lebih tenang & ceria, ceria & ceria. Kuat makan dan tidur mengikut masa. Suka bercakap. Banyak bertanya. Sopan. Rajin. Dengar cakap. Lebih Kreatif.

3) Keputusan adalah hampir sama untuk setiap kali eksperimen.

Muhasabah:

Belum terlambat untuk 'tarik kembali' anak-anak kita. Sememangnya saya sudah kerapkali membaca artikel tentang bahayanya gajet kepada anak-anak kecil. Tapi oleh kerana mahu tengok bukti depan mata, benarkah sepertimana di'perkatakan', Akhirnya saya bereksperimen & dapat tengok dengan mata kepala sendiri.

Maafkan ibu anak-anakku. Menguji kalian berdua. Sesungguhnya, ibu takkan ulangi untuk kesekian kali. Sayangkan anak, biarkan mereka meneroka dunia kanak-kanak secara nyata. Bukan hanya di alam maya.

Ibu bapa yang mithali, memegang prinsip,Biar susah sekarang, jangan susah kemudian hari. Kalau tak percaya, cubalah buat eksperimen sendiri =)

#SemudahItuEksperimenSaya

#CutiPadaHariEksperimen

#TakTahuValidKeTidak

#SekurangKurangnyaValidUntukSaya

Copyright © 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd. All rights reserved.

menu-circle