Raising Young Caliphs 2018 
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda degil?
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda nakal?
Kadang-kadang ada tak anda rasa atau terfikir anak anda tak dengar cakap?
Bila disuruh membaca anak akan lari ke tempat lain??
Bila tanya belajar apa kat sekolah, anak jawab ‘TAK TAHUUUUU…’ ?
Anda rasa penat dan stress tak bila anak banyak bercakap dan perlu menjawab banyak soalan dari anak … kenapa, mengapa sebab apa bla bla bla??
Jom Sertai Raising Young Caliphs Seminar 2018
APA YANG ANDA AKAN BELAJAR??
Apakah potensi yang ada dalam diri anak-anak anda..
Bagaimana nak faham potensi-potensi dalam diri anak-anak…
Bagaimana nak didik anak Pandai Quran, Faham Quran & Hafal Quran..
Bagaimana nak didik anak melalui potensi diri mereka menjadikan anak tersebut LUAR BIASA..
Butiran Program
Tarikh: 29 September 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00am-12.30pm (Pendaftaran bermula jam 8.00pagi)
Tempat: TM Convention Center, Menara TM,  Jalan Pantai Bharu, 50672 Kuala Lumpur (https://goo.gl/maps/bMGe2yp7R8A2)
Parking: Free
*Harga Tiket Seminar RYC 2018 *
RM30 /pax
RM50 / 2pax
DAFTAR SEKARANG
https://bit.ly/2wTStdi
https://bit.ly/2wTStdi
https://bit.ly/2wTStdi
DAFTAR SEGERA…
TEMPAT TERHAD…
Untuk makluman, di main hall, anak-anak adalah dilarang masuk.
Namun begitu, pihak penganjur RYC ada menyediakan perkhidmatan :-
Kids Playroom  (RM 15 seorang anak)
- Anak 4 tahun keatas
Nursing room with live feed (Percuma)
- Ibu bersama anak 3 tahun dan kebawah
Jumpa Anda Di RYC 2018

Assalamulaikum wbt

Pada 1 September lalu, saya telah diberi kesempatan untuk menjadi penceramah jemputan di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) 2018 bertempat di Putrajaya International Convention Centre. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Affiza Mohamad, Pengarah KONWANIS yang telah menjemput saya untuk menjayakan program tersebut.

Objektif KONWANIS adalah mahu wanita tahu bahawa kebahagiaan itu sebenarnya bermula daripada diri mereka sendiri. Bertemakan 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera', konvensyen ini dilaksanakan untuk mengupas rahsia dan solusi kebahagiaan wanita perbandukan Islam. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkongsi tips keibubapaan islami yang bertajuk Membina Generasi Al-Quran.

 

 

 

 

 

 

Antara guru-guru Tadika Little Caliphs yang turut hadir meraikan program

Jika para ibu bapa atau guru-guru yang ingin melihat rakaman perkongsian saya yang telah dirakam oleh Puan Amira dari Little Caliphs Taman Botani, Ipoh Perak, boleh lawati link di bawah

KONWANIS @ PICC - Membina Generasi Al Quran by Tc Fari Founder of Little Caliphs
Alhamdulillah ala kuli hal, semoga Allah memberkati majlis dan apa yang telah pihak penganjur sampaikan kepada semua peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi di KONWANIS akan datang, insyaallah.
Assalamualaikum wbt.
Walaupun sudah hampir sebulan Hari Kebangsaan berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi sambutan kemerdekaan yang diadakan di Tadika Khalifah Arif di Changloon, Kedah.
Jika kita lihat pada hari ini, anak-anak mudah tertarik dengan mainan komputer, gadget dan makanan segera kerana kurangnya pendedahan tentang permainan dan makanan tradisional. Namun saya yakin, masih ada lagi golongan yang memandang berat tentang kepentingan khazanah warisan bangsa dan berusaha untuk  memeliharanya daripada pupus  dek arus pemodenan semasa.
Bertemakan zaman pasca merdeka, Tadika Khalifah Arif dihiasi dengan props alatan tradisional seperti zaman 50-an. Bagi memeriahkan lagi suasana, guru-guru dan anank-anak turut memperaga pakaian klasik.
Guru-guru di Tadika Khalifah Arif ingin membawa pendekatan 'role-play' seperti berlakon dan bermain supaya anak-anak dapat menghayati suasana kampung seperti zaman dahulu.
Seperti melepaskan batok di tangga, bukan batuk ya 😉

 

 

 

 

 

 

Seronok anak-anak bermain upih kelapa
Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan hari merdeka di sekolah. Semoga usaha yang dilakukan mendapat tempat di hati anak-anak untuk cintakan khazanah bangsa sekaligus memelihara warisan seni atok nenek mereka.

Copyright © 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd. All rights reserved.

menu-circle