Assalamualaikum semua

Saya ingin kongsikan satu penulisan yang bermanfaat dari Puan Liyana Raya mengenai kanak-kanak dan kemahiran menulis.

Menulis bukan sekadar training anak dengan pensel dan kertas serta mewarna sahaja.

Ada satu komponen utama dalam menulis yg paling penting,iaitu

TEKANAN SEMASA MENULIS

Kanak2 yg terlalu menekan ketika menulis dan juga memberikan ‘light pressure’ (kurang tekanan) ketika menulis dikatakan menghadapi masalah dengan ketahanan otot mereka (muscle endurance).

Bagi kanak2 seperti ini,mereka banyak menunjukkan symptom:
?Letih ketika menulis
?Mudah give up dalam menulis
?Pegang pensil menggunakan 5 jari (ketika usia sudah 5 tahun dan ke atas).

 
Tips for Correcting Pencil Grip

?Sukar duduk lama ketika aktiviti menulis
?Banyak menunjukkan postur badan yg tidak betul.

Kebanyakan kanak-kanak yang tidak melalui proses merangkak atau merangkak dalam jangka masa yang sekejap akan ada symptom ini. (Tolonglah jangan bandingkan kita yg dulu tak merangkak dgn budak zaman sekarang. Kita dulu banyak bergerak,budak sekarang banyak duduk).

Di antara sebab lain juga adalah kanak-kanak terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan aktiviti yang terlalu banyak duduk dan jarang menggunakan tangan utk melakukan aktiviti pergerakan.

Otot tangan ni kena selalu banyak diberikan latihan utk ‘letih’. Latihan ni dalam bentuk senaman dan aktiviti seperti

?Wheelbarrow walking

?Hanging on monkey bar

?Menolak benda berat

?Memanjat gril

?Tangan hayun di dahan pokok

?Mop lantai dengan kaedah lama (lap guna kain)

?Menulis dalam pelbagai posisi (meniarap,berdiri dan baring)

?Aktivit merangkak

Semua aktiviti ni akan memberikan daya tahan kepada otot utk sampai ke satu tahap keletihan supaya apabila menulis,mereka akan mengambil masa yang lama utk bertahan dan berasa letih.

Tetapi jika anda dapati anak-anak anda mengelak atau cepat letih ketika buat aktiviti yang dalam gambar dan disebutkan,anda kena sentiasa menggalakkan  anak meneruskannya bukan dengan menggalakkan anak utk terus berhenti.

Ini adalah benda yg paling penting dalam menulis yg anda harus take note. Kalau anak yg umur 7 tahun masih lagi memegang pensil dengan 5 jari, maka anda harus bertindak segera dgn memberikan aktiviti-aktiviti seperti ini. Ambil kira juga utk memberikan anak alat memegang pensil supaya dapat betulkan caranya memegang pensil.

Dan utk kanak-kanak yg berusia 2 tahun setengah,anda sudah boleh mulakan semua aktiviti ni. Jangan pandang remeh pada aktiviti ni semua sebab inilah penentu kpd kemahiran menulis anak anda.

Liyana Raya,
Occupational Therapist

Semoga bermanfaat.

Copyright© 2024 Little Caliphs® International Sdn Bhd [885099-A]. All rights reserved

menu-circlecross-circle

We would love to hear from you!

Please record your message.

Record, Listen, Send

Allow access to your microphone

Click "Allow" in the permission dialog. It usually appears under the address bar in the upper left side of the window. We respect your privacy.

Microphone access error

It seems your microphone is disabled in the browser settings. Please go to your browser settings and enable access to your microphone.

Speak now

00:00

Canvas not available.

Reset recording

Are you sure you want to start a new recording? Your current recording will be deleted.

Oops, something went wrong

Error occurred during uploading your audio. Please click the Retry button to try again.

Send your recording

Thank you