Ibubapa yg dihormati,
Anak-anak ibarat kain putih yang suci bersih dari semasa mereka dilahirkan…
Andalah yang bertanggungjawab mencorak dan membentuk mereka..
Siapa mereka hari ini? Samada mereka masih kecil atau makin meningkat umurnya, sesungguhnya kitalah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak, bagaimana kita mendidik mereka.
Adakah mereka telah mengenal Allah, pencipta mereka, sedari kecil?
Tahukah mereka sebutan dan makna syahadah?
Sudahkah mereka diajar cara solat yang betul dan istiqamah melaksanakannya 5 waktu sehari semalam, bermula 7 tahun atau paling lewat 10 tahun ke atas?
Kenalkah mereka dengan huruf-huruf AlQuran dan pandai membacanya?
Kenal dan cintakah mereka pada Nabi kita Muhammad s.a.w dan diterapkan usaha mengamalkan sunnahnya?
Ya, dari kecil..dari kecil mereka sudah perlu dididik dengan ini semua.
Kerana apa yang mereka belajar terutama dari umur 4 tahun, insyaAllah akan melekat hingga mereka dewasa.
Ingat sahaja, seketika umur berapa kita belajar solat, membaca Al-Quran serta mengenal Allah dan Rasul? Jika bukan jasa ibu ayah atau guru-guru sekolah terdahulu, pasti kita masih merangkak-rangkak mencari apa itu Islam? Dari mana kita datang dan kemanakah kita akan kembali?
Bersyukurlah atas nikmat iman dan Islam yang Allah swt anugerahkan pada kita semua..
Moga generasi anak-anak ini mendapat pendidikan islam yang baik untuk pembinaan iman mereka.
Doa kami, agar semua ibubapa dan para pendidik di Little Caliphs dapat jalankan amanah menyampaikan Islam sebaiknya.. Aameen!